PAS Kedah Kumpulkan Golongan Profesional Untuk Lawan PAN Di PRU14

9-copy

Menurut Exco Lajnah Profesional Dewan Pemuda PAS Kedah, Ibrahim Ismail, Pemuda PAS Kedah kini sudah berjaya mengumpulkan lebih 100 orang profesional muda bagi membantu memperkukuhkan PAS di negeri berkenaan.

Golongan profesional tersebut dikatakan akan juga membantu persiapan PAS bagi mempertahankan kerusi yang pernah mereka menangi pada PRU13.

Ibrahim juga menjelaskan, usaha PAS Kedah untuk mengumpulkan golongan profesional muda berkenaan ialah bagi menyelaraskan penyokong PAS dari kalangan yang berlatarbelakangkan akademik.

Ia juga dianggap sebagai satu tapak asas bagi melonjakkan imej PAS dikalangan lapisan generasi baru, dan juga menarik minat golongan berkenaan menyertai PAS.

Selain itu, PAS juga bertekad untuk mewujudkan barisan kepimpinan profesional yang jitu mempertahankan syariah Islam, serta mempunyai ilmu yang cukup bagi melaksanakan agenda kebajikan rakyat.

Beliau juga menyeru semua golongan profesional yang menyokong PAS agar memainkan peranan penting untuk memenangkan parti Islam itu, terutamanya apabila berhadapan dengan musuh yang sebelum ini bersama-sama jemaah PAS.

Disaat tarikh pilihanraya umum yang semakin hampir, semua penyokong PAS juga diingatkan agar tidak terpedaya dengan helah kumpulan yang mahu melihat PAS berpecah.

Disamping itu, semua penyokong PAS juga diingatkan agar jangan terlampau terburu-buru menyebarkan berita yang tak beretika serta merugikan PAS, khususnya dilaman sosial.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s