Guan Eng Tuduh Pemuda UMNO P.Pinang Sebagai Gangster Dan Tak Tahu Malu

4-copy

Di dalam satu temubual bersama media mengenai kontroversi pameran kartun yang menghina Perdana Menteri serta kepimpinan kerajaan di Malaysia, Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng menuduh UMNO bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden berkenaan.

Lim Guan Eng juga menuduh Pemuda UMNO P.Pinang sebagai tidak tahu malu dan juga berperangai gangster kerana membuat kacau didalam pameran yang aman di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).

Setiausaha Agung DAP tersebut turut mengecam perbuatan Pemuda UMNO P.Pinang yang didakwanya membawa budaya ganas didalam negeri hanya kerana mahu membantah sebuah pameran kartun.

Guan Eng yang merasmikan pameran berkenaan juga mengutuk tindakan mengganggu pameran tersebut, kerana beliau menganggap ianya hanyalah pameran biasa sahaja.

UMNO juga dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan kuasa sebagai parti pemerintah dengan melakukan keganasan serta kekacauan di tempat awam.

Guan Eng juga mahu UMNO khususnya Pemuda UMNO P.Pinang, menghormati hak rakyat yang mahu bersuara dan juga hak kartunis Zunar yang mahu meluahkan hasil karya seninya.

Didalam pameran kartun oleh Zunar di aras 3 KOMTAR Jumaat lalu, sekumpulan pemuda bertindak membantah lakaran kartun yang jelas menghina serta memfitnah Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak.

Lakaran kartun yang dipamerkan juga turut memaparkan karikatur menghina beberapa pemimpin negara, termasuklah isteri Perdana Menteri yang dituduh merompak duit rakyat.

Bantahan berkenaan menjadi kecoh apabila Zunar enggan menghentikan pameran, dan enggan menurunkan lakaran kartunnya dikawasan tersebut kerana didakwa mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Bagaimanapun selepas campurtangan pihak Polis yang dipanggil untuk mengawal keadaan, Zunar akhirnya mengalah dan menghentikan aktivitinya di tempat berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s