Bekas Pemain Manchester United Sah Jadi Pengurus Bolasepak P.Pinang

1-copy

Bekas pengurus Bengaluru, FC Ashley Westwood telah menandatangani untuk menjadi pengurus pasukan Liga Super Malaysia, Penang FA.

Bekas pemain muda Manchester United itu telah menjadi salah satu daripada pengurus paling berjaya di negara India dan dikenali dengan struktur formasi pasukan yang penuh taktikal.

Westwood telah dikhabarkan telah membuat lawatan ke Stadium Batu Kawan dalam beberapa hari yang lalu, dan nampaknya beliau telah mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai kanan FA Pulau Pinang.

Memulakan kerjaya bola sepaknya dengan Manchester United sebagai pemain belia, sebelum bermain untuk beberapa kelab Inggeris. Dikenali sebagai seorang pemain pertahanan bijak; Westwood memulakan kerjaya pengurusan beliau dengan menjadi pemain-pengurus untuk Kettering Town pada tahun 2012.

Setahun kemudian, Westwood menyertai Bengaluru FC. Menjadi orang British pertama membawa Bengaluru FC untuk kemenangan Liga-I dalam kemunculan sulung musim (2013-14).

Jurulatih itu sekali lagi, membawa pasukan untuk menjuarai takhta Liga-India dalam musim 2015-16, juga turut memenangi Piala Persekutuan pada 2014-15. Pasukan itu baru-baru ini mencapai pusingan akhir Piala AFC bawah jurulatih baru, Albert Roca, dan kredit telah diberikan kepada Westwood yang membentuk pasukan itu.

Kebolehan beliau telah diiktiraf oleh India Football Federation yang mahu dia menguruskan pasukan India U-23, menurut beberapa laporan. Jurulatih itu meninggalkan Bengaluru dengan persetujuan bersama pada bulan Mei 2016.

Westwood akan mengambil alih pasukan Pulau Pinang daripada Nenad Bacina, yang membawa pasukan ke tempat ke-10 musim ini. Terkenal dengan gaya pertahanan dan serangan balas; ini akan menjadi lebih menarik untuk melihat Westwood mencapai sesuatu di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s