Video Pekerja Asing Dipukul Majikan Cina Telah Menjadi Viral

Makin menjadi-jadi pula video viral kes buli yang melibatkan orang berbangsa cina ni.. Bukan Miss A nak racist, tak semua orang cina perangai buruk macam ni tapi bila dah viral macam ni, memang akan ada ja komen yang berbau racist.. Belum lagi reda mengenai video viral pasal pasangan suami isteri cina membuli pegawai MBSA..

Terbaru, dah viral pula video seorang lelaki cina memukul seorang lelaki warga asing bertubi-tubi dengan kayu.. Kejadian tersebut didakwa berlaku di Kuala Lumpur, video tersebut sudah mendapat hampir 63,00 tontonan..

Lelaki warga asing tu dah buat apa la sampai kena rotan macam tu sekali.. Kalau ada buat salah pun bawa pergi balai polis la apek, kena pukul dengan kayu macam tu macam dah kena hukuman sebat dalam penjara dah Miss A tengok..

Teruk juga Miss A tengok lelaki warga asing tu kena pukul, sampai merayu-rayu kat lelaki baju biru tu.. Dari perbualan di dalam rakaman video tersebut, lelaki yang memakai baju biru tu macam majikan lelaki warga asing yang dipukul tu.. Bila dah tengah marah macam tu, merayu macam mana pun tak adanya dorang nak hiraukan..

Seronok betul baju biru tu dok rotan lelaki warga asing tersebut tanpa belas kasihan.. “Habis kerja, boleh main? CCTV tak ada, you cakap?”.. Antara perbualan yang dapat Miss A faham dalam rakaman video tersebut, aduh lepas habis kerja takkan tak boleh nak main?? Kalau lelaki warga asing tu kantoi tak buat kerja lain la cerita.. Ini dah habis waktu kerja kot.. Kalau nak marah pun tak payah sampai nak dera lelaki warga asing sampai macam tu sekali..

Dah macam hamba abdi pulak warga asing tu dilayan, dah habis kerja nak main pun tak boleh.. Zaman dah moden wei, tak ada istilah hampa abdi lagi dah.. Miss A harap pihak polis dapat ambil tindakan terhadap kes ni.. Nak mengajar pekerja pun, jangan la rotan sampai teruk macam tu sekali.. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s