Syed Saddiq Kena Sekolah Dengan Sultan Johor

5a-copy

Gara-gara nak tunjuk hebat dan kononnya cukup matang… Bukan budak hingusan dan mentah katanya! Pejuang anak muda yang kononnya bakal membangunkan negara! Tapi menyedihkan kerana terlalu merasa diri hebat hingga sanggup mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah disekolahkan oleh Sultan Johor akibat mempersoalkan larangan mengadakan demonstrasi di negeri tersebut oleh Sultan Johor..

Dalam pertemuan empat mata tersebut… Syed Saddiq telah disekolahkan dalam satu pertemuan di istana unik yang diinspirasikan daripada siri kartun Flintstone. Apa lagi, cuak teruk la Syed Saddiq!

Baru sekarang dia takut surat terbuka kepada Sultan Johor itu akan menyinggung perasaan Sultan… Itu la, sebelum buat sesuatu tak fikir panjang. Apa yang Syed Saddiq tahu adalah terima arahan dari Penasihat PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kalau orang tua tu surut mempertikaikan perintah Sultan Johor pun… Syed Saddiq ikut je! Agaknya lepas ni Syed Saddiq berani lagi tak nak mempertikaikan titah Sultan?? Mungkin Syed Saddiq tak sedar bahawa sebelum ini Mahathir telah dikecam gara-gara mempertikaikan titah Sultan Johor.

Sebab tu Mahathir dah tak berani nak buat… Tapi dia arahkan Syed Saddiq yang buat… Jadinya orang lain pulak yang menjadi mangsa. Sementara itu, Syed Saddiq sempat memuat naik sekeping gambar pertemuannya bersama Sultan Johor.

Pertemuan tersebut dikatakan diatur sendiri oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Baru sekarang Syed Saddiq sedar bahawa titah Sultan Johor yang melarang himpunan Bersih diadakan di negeri tersebut, sebenarnya adalah untuk menjaga keamanan negeri tersebut.

Syed Saddiq sebelum ini disoal siasat oleh polis selepas surat terbuka yang dimuat naik di laman Facebooknya, yang mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s