Sikap Rasis DAP Tidak Akan Diterima Di Johor

sikap-rasis-dap

Sikap rasis memang sudah sinonim dengan parti DAP. Disebabkan sikap perkauman yang menebal dalam parti DAP, ia telah menyebabkan agenda dan ideologi parti mereka tidak akan diterima oleh masyarakat Melayu dan India di Johor. DAP juga tidak akan berjaya menarik minat golongan ini pada PRU14 yang akan datang.

Menurut DS Mohamed Khaled Nordin, semua agenda yang telah direncanakan DAP tidak sesuai sama sekali dengan aspirasi ‘Bangsa Johor’, ‘Muafakat Johor’, dan ‘Johor Kemajuan’. DAP hari ini tidak akan berjaya menarik golongan melayu untuk bersama mereka, walaupun DAP telah berjaya menarik segelintir orang melayu ke dalam parti mereka.

Selama ini DAP dilihat sebagai sebuah parti yang rasis dan masih belum mencapai parti pelbagai kaum dengan kehadiran penyokong melayu. Hal ini kerana DAP hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja, iaitu menjaga kepentingan masyarakat Cina.

Dalam pada itu, cadangan untuk membantu golongan Melayu dan India tidak pernah dikemukakan oleh DAP, sedangkan sejak dari dulu masyarakat di Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Bukan saja di Johor rakyat menolak DAP, malah di kesemua negeri rakyat menolak cara kepimpinan parti cina kiasu itu..

DAP bukan saja mencipta jurang di antara kaum, tetapi mereka juga tidak serik untuk memecah belahkan rakyat. Sikap ini juga sedikit sebanyak menyumbang kepada ancaman keselamatan negara kerana pergaduhan sesama kaum akan berlaku jika ajaran rasis DAP semakin menular didalam kalangan masyarakat. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s