PPBM Kecewa Tidak Dijemput Ke Persidangan Pakatan Harapan

ppbm-kecewa

Sebelum ini PPBM memang mesra dengan Pakatan Harapan, perhimpunan BERSIH 5 turut mendapat sokongan kuat daripada parti cap bunga raya itu. Namun, kenyataan Anthony Loke baru-baru ini telah membuatkan parti bunga merasa kecewa dan tersisih daripada rakan pembangkang.

Menurut Anthony Loke, persidangan Pakatan Harapan pada 4 Disember ini hanya akan didatangi oleh PKR dan PAN. Macam mana pula dengan PPBM?? Boleh jadi PH tidak mahu menjemput parti bunga raya kerana mereka belum menjadi ahli pakatan yang sah. Mungkin juga Anthony Loke mahu menjaga hati penyokong mereka yang masih belum dapat menerima kehadiran Tun Mahathir sebagai pembangkang.

Pakatan Harapan juga dikatakan mengkhianati Mahathir, apabila tidak menjemputnya ke majlis tersebut. Kononnya DAP sepatut menghargai sokongan Mahathir setelah beliau bergelar sebagai pembangkang. Baru-baru ini, Mahathir juga telah sanggup menjadi balaci DAP semasa perhimpunan BERSIH.

Tindakan mereka ini menunjukkan PPBM bukanlah rakan politik yang penting sepertimana anggapan PPBM terhadap DAP. Memang sudah jelas, selama ini Mahathir menebalkan muka untuk bersekongkol bersama PH, sedangkan mereka masih belum berbincang mengenai kesatuan bersama PPBM. Menurut Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, persidangan ini akan menentukan PPBM diterima masuk ke dalam keluarga besar PH ataupun tidak.

Namun Timbalan Presiden PPBM, DS Mukhriz tidak mahu perkara ini dijadikan isu besar memandangkan mereka masih bekerjasama erat dengan DAP. Beliau juga tidak kisah jika tidak dijemput kerana majlis itu bukan diadakan secara besar-besaran seperti Kongres Pakatan Harapan.

Walaupun persidangan ini tidak besar seperti dakwaan Mukhriz, PH akan membincangkan strategi mereka menjelang PRU14 untuk menentang BN. Jika PPBM tidak dijemput hadir, sudah tentu parti bunga tidak akan menjadi sebahagian daripada PH dalam pilihan raya. Boleh jadi, DAP juga risau Mahathir akan mengetuai mereka jika PPBM dijemput ke persidangan tersebut.. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s