PAS Sifatkan Bersih 5 Sebagai Perhimpunan Yang Menyusahkan Rakyat

6a-copy

PAS mengecam himpunan Bersih 5 yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur pada 19 November yang lalu. PAS turut menyifatkan himpunan haram tersebut sebagai sesuatu yang menyusahkan rakyat dan menyebabkan pelbagai masalah.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang berkata, PAS tidak melihat himpunan bersih 5 sebagai satu kawalan yang mampu memberi kebaikan kepada rakyat. Malah dengan berjanji akan mematuhi undang-undang ketika berdemonstrasi bukanlah satu jalan untuk menghalalkan perbuatan mereka.

Keamanan adalah hak seluruh rakyat Malaysia… Jadi dengan berhimpun di tempat awam sehingga menyusahkan hari-hari penduduk di sekitar kawasan terlibat… Malah menyebabkan pekerjaan sesetengah pihak tergendala. Bukanlah sesuatu yang sesuai bagi mengibaratkan Bersih 5 adalah himpunan yang aman.

Nak berdemontrasi itu boleh… Tapi biarlah ia memudahkan semua pihak… Jaga adab dan tidak menyusahkan orang lain. Jangan sampai terlalu taksub untuk berdemontrasi sehingga menyebabkan berlakunya kekacauan yang akhirnya akan merugikan rakyat.

Hadi Awang bagaimanapun menegaskan bahawa PAS gembira kerana anggota-anggotanya tidak terjebak dan terlibat dalam himpunan Bersih 5. PAS gembira kerana ahlinya menghormati keputusan PAS untuk tidak menyertai Bersih 5.

Tapi bagaimana pula dengan segelintir ahli PAS yang memilih untuk menyertai himpunan Bersih 5 tempoh hari?? Adakah mereka ini sudah diibaratkan dan sudah tidak dianggap sebagai anggota parti PAS lagi?? – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s