PAN Kedah Dakwa Kerajaan Pusat Tidak Jaga Kebajikan Rakyat

pan-kedah

Memang sikap pembangkang suka menyebarkan fitnah yang tidak berasas kepada rakyat. Sebelum ini, bermacam tuduhan fitnah telah dilemparkan kepada kerajaan BN. Walaupun kerajaan telah berusaha sehabis baik untuk menjaga kebajikan rakyat, pembangkang tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak mendapat kuasa untuk memerintah negara.

Dalam ceramah PAN di Alor Setar, mereka mendakwa kerajaan BN tidak menjaga kebajikan rakyat. Mereka juga cuba menghasut rakyat supaya tidak memilih BN pada pilihan raya akan datang kerana kerajaan sedia ada hari ini adalah kerajaan yang korup. Hasutan ini bukan saja dilihat mahu menyemai benih kebencian terhadap UMNO/BN tetapi mereka cuba meraih undi rakyat Kedah menjelang PRU14.

Kononnya negara telah dibebani hutang yang tinggi, sebab itu rakyat perlu memilih pembangkang pada PRU akan datang kerana mereka mampu menjaga kebajikan rakyat. Hakikatnya, rakyat di negeri-negeri pembangkang sekarang masih tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya. Tetapi pembangkang tetap menabur janji manis kepada rakyat semata-mata mahu memenangi pilihan raya..

Sehubungan itu, kerajaan BN telah berusaha untuk memajukan negara dan menaik taraf kehidupan rakyat. Kerajaan juga telah membantu rakyat daripada segi kewangan dengan bantuan BR1M. Namun PAN mendakwa, sumbangan kewangan ini akan lebih membebankan rakyat kerana negara telah banyak berhutang.

Jika pembangkang hanya tahu mencari kesalahan kerajaan sedia ada, ia tidak akan memberikan apa-apa manfaat kepada rakyat. Mereka hanya tahu mengadu domba mengenai keburukan kerajaan walaupun ia sebenarnya memberi kebaikan kepada rakyat dan negara. Pembangkang juga dilihat hanya tahu bercakap kosong dan menabur janji sebelum pilihan raya.

Isu-isu yang dibawa pembangkang bukan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat, sebaliknya fokus ceramah mereka adalah untuk meraih undi pada PRU14. Mereka cuma tahu manabur fitnah dan berpolitik sepanjang masa. Berbeza dengan UMNO, mereka bukan saja berpolitik tetapi membentangkan agenda mereka untuk rakyat. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s