P.Pinang Bakal Jadi Pusat Pengeluar Babi Terbesar Di Malaysia?

3-copy

Tindakan meluluskan Rang Undang Undang penternakan Babi oleh kerajaan DAP P.Pinang, telah menimbulkan rasa tak senang dikalangan majoriti rakyat berbangsa melayu di negeri ini.

Walaupun purata penduduk kaum cina hampir seimbang dengan populasi penduduk melayu di P.Pinang, perancangan untuk menambahkan tempat penternakan babi melalui RUU tersebut dikhuatiri mengancam kawasan kampung-kampung tradisional melayu, khususnya di Jawi dan juga di Tasek Gelugor.

Penempatan kaum cina di negeri ini majoritinya tertumpu dikawasan bandar, manakala penduduk berbangsa melayu masih lagi tertumpu untuk mendiami kawasan pinggir bandar serta kampung-kampung tradisional.

Jika kerajaan DAP P.Pinang mahu meluaskan kawasan penternakan babi melalui Rang Undang-Undang yang baru diluluskan itu, kawasan kampung-kampung tradisional melayu sudah pasti menerima kesan yang besar.

Satu lagi persoalan yang bermain-main diminda rakyat ialah, tidak cukupkah bekalan babi di negeri ini bagi kegunaan harian kaum cina, hinggakan penternakan haiwan tersebut memerlukan Rang Undang-Undang khas?

Apakah kerajaan DAP P.Pinang mahukan negeri ini menjadi sebagai pusat pengeluaran Babi terbesar didalam negara bagi menggantikan negeri Selangor yang memang terkenal dengan babi-babinya?

Adakah kandang-kandang Babi di P.Pinang ini terlalu istimewa dimata kerajaan DAP, khususnya Exco PKR Seberang Jaya sehingga begitu ‘manja’ sekali tumpuan diberikan kepada ‘kebajikan’ haiwan berkenaan?

Dengan layanan khas dan sangat ekslusif yang diberikan oleh kerajaan DAP melalui Exco PKR Seberang jaya kepada kebajikan penternakan babi di P.Pinang ini, tak mustahil suatu hari nanti negeri ini akan dinobatkan sebagai Hub Babi terkemuka di Malaysia.

Mungkin ini lah yang boleh dibanggakan oleh penyokong-penyokong kerajaan DAP di P.Pinang, terutamanya mereka-mereka yang berbangsa melayu dan beragama Islam! Babi didahulukan, DAP diutamakan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s