Lagu Tema Filem Ola Bola Menang Anugerah Di Taiwan

zee-avi-ola-bola-best-song

Penyanyi Zee Avi akui terkejut sebaik saja lagu tema filem ‘Ola Bola’ ciptaannya berjudul ‘Arena Cahaya’ telah dinobatkan sebagai pemenang kategori Anugerah Ciptaan Lagu Filem Terbaik di Anugerah Golden Horse ke-53 pada hari sabtu yang lepas..

Zee Avi yang tidak menyangka lagu tersebut dipilih sebagai pemenang kemudiannya menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengarah filem Ola Bola, Chiu Keng Guan kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk menulis lagu tema tersebut.

“Saya sangka saya dijemput hadir ke anugerah ini untuk membuat menyanyikan lagu Arena Cahaya tetapi sebaliknya.

“Terima kasih kepada pengarah kerana memberikan peluang kepada saya, ini merupakan satu projek hebat kerana filem tersebut mengisahkan tentang perpaduan, keharmonian dan kepelbagaian kaum.

“Bagi saya ini adalah satu projek yang sangat luar biasa. Berpeluang sertai projek ini juga merupakan satu penghormatan buat saya dan terima kasih kepada anda yang menyokong filem ini,” ucapnya.

Zee juga tidak ketinggalan bertutur dalam Bahasa Mandarin dan Inggeris ketika memberikan ucapan.

Lagu Arena Cahaya merupakan hasil ciptaan Zee bersama sahabatnya, Rendra Zawawi.

Anugerah Golden Horse ke-53 telah berlangsung di Sun Yat Sen Memorial Hall di Taipei, Taiwan.

Selain Zee, majlis tersebut juga turut dihadiri oleh pengarah Ola Bola, Chui Keng Guan, Rendra Zawawi dan Alvin Vee.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s