Kerajaan DAP P.Pinang Tak Benarkan Himpunan Aman Selain Baju Kuning

1-copy

Penangkapan 2 individu yang mempersoalkan tentang demonstrasi bebaskan Maria Chin di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) Padang Kota Lama petang semalam, telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat negeri ini.

Tindakan pihak berkuasa tersebut dianggap berat sebelah kerana hanya mengambil tindakan terhadap individu yang menentang demonstrasi haram yang disokong oleh kerajaan DAP negeri.

Sekumpulan 50 orang berbaju kuning mengadakan demonstrasi sambil membawa sepanduk serta banner menuntuk pembebasan aktivis sosial Maria Chin Abdullah petang semalam.

Demonstrasi tersebut bagaimanapun dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan sekumpulan lelaki yang ada dikawasan berhampiran.

Mereka dikatakan terganggu dengan nyanyian dan juga slogan-slogan yang dilaungkan oleh kumpulan berbaju kuning tersebut, sebelum bertindak meminta kumpulan berkenaan menghentikan aktiviti serta beredar.

Polis yang ditempatkan dikawasan tersebut bagaimanapun bertindak menghalang kumpulan individu yang tidak berpuas hati terbabit, dari mendekati kumpulan penyokong Bersih 5 untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Dilaporkan, akibat tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa, dua lelaki mula meninggikan suara sehingga menyebabkan semakin ramai orang berkumpul dikawasan berkenaan bagi melihat apa yang berlaku.

Dua individu berkenaan ditahan selepas dituduh bertindak agresif ketika mempersoalkan mengapa demonstrasi penyokong baju kuning yang mendesak kerajaan membebaskan penganjur Bersih 5 itu dibenarkan walaupun tanpa permit.

Demonstrasi oleh penyokong Bersih 5 bagi membebaskan Maria Chin telah berlangsung beberapa kali di beberapa kawasan termasuklah di negeri ini sejak seminggu yang lalu.

Walaupun dikatakan mempunyai penyokong anti kerajaan yang ramai, demonstrasi yang direstui oleh kerajaan DAP P.Pinang berkenaan tidak mendapat sambutan biarpun diwar-warkan setiap hari didalam media sosial.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s