Kejadian Anti-Islam Semakin Membimbangkan Sejak Trump Menang

4a-copy

Sejak kemenangan presiden Amerika Syarikat Donald Trump, umat Islam di Amerika Syarikat (AS) bagaikan hidup tidak tenteram. Ini kerana mereka bimbang dengan nasib yang bakal menimpa mereka.

Adakah masih ada kehidupan Islam di bumi Amerika Syarikat selepas ini?? Kejadian anti-Islam oleh puak-puak yang bencikan Islam semakin menular dan amat membimbangkan. Tiga masjid di California dilaporkan menerima sepucuk surat mengecam umat Islam.

Puak anti-Islam mengibaratkan Islam sebagai keji dan kotor… Sebaliknya memuji tindakan Trump yang mahu membersihkan dan mengusir umat Islam dari AS. Perkara tersebut diceritakan sendiri oleh pertubuhan umat Islam AS.

Malah lebih menyedihkan, mereka menggelar umat Islam sebagai anak syaitan… Antara masjid yang turut menerima surat tersebut adalah di San Jose California, serta di Long Beach dan Claremont di Los Angeles.

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) berkata, isi kandungan surat itu mengarahkan umat Islam untuk segera berkemas dan bersiap sedia untuk ‘dibersihkan’. Surat itu juga mengutuk dan mengeji umat Islam sebagai manusia keji dan kotor.

Kononnya presiden AS amat mulia dan akan membersihkan Amerika dari segala kekotoran umat Islam serta akan membawa sinar kepada AS. Akibat daripada kecaman tersebut… CAIR meminta pihak polis untuk mengetatkan kawalan di beberapa buah masjid yang terlibat.

Kempen kebencian terhadap rumah ibadat California mesti disiasat sebagai kelakuan menyerang agama… Mereka juga mendesak agar pemimpin bersuara. Sehingga hari ini, sebanyak 100 insiden anti-Islam dilaporkan berlaku sejak kemenangan Trump. Penduduk AS berkempen bagi mengusir umat Islam dari AS. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s