Kartunis Zunar Dibebaskan Selepas 10 Jam Ditahan Reman

61480255329_zunarkomtarkartunis

Kartunis Zunar dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 6.45 petang Ahad, selepas 10 jam ditahan reman mengikut Akta Hasutan.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Alhaque ditahan untuk siasatan dibawah Seksyen 4(1) (c) Akta Hasutan 1948 susulan laporan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Nurhiesam Ismail pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid berkata, Zunar dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, pada pagi Ahad, Zunar dibawa oleh polis ke Mahkamah Majistret George Town bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Pada Jumaat, Pemuda UMNO Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung pameran kartun oleh Zunar atas alasan kartun-kartun tersebut memaparkan gambaran negatif terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s