Johan Raja Lawak Terasa Hati Dengan Komen Netizen ‘Otak Selut’

2-johan-jozlyn-terkilan-dikecam-hadiri-pengebumian-keluarga-rotikaya

3-johan-jozlyn-terkilan-dikecam-hadiri-pengebumian-keluarga-rotikaya

Hati mana tidak tersentuh apabila melihatkan insan tersayang pergi, namun lagi jelik melihat komen komen warga laman sosial yang berlagak Tuhan menjatuhkan hukum kepada Johan (Raja Lawak) kerana menghadiri pengebumian neneknya baru-baru ini.

Berkongsikan perkara tersebut di Instagram, Johan menyatakan bahawa dia sempat memberikan penghormatan terakhir buat neneknya yang sudah meninggal dunia baru baru ini. Namun perkongsian tersebut bagaimanapun mendapat reaksi berbaur daripada warga laman sosial.

Ada yang menyifatkan tindakan Johan memberi penghormatan tersebut adalah tidak selari dengan ajaran Islam, malah ada juga yang menyatakan pakaian Johan dan isteri menyerupai ahli keluarga yang lain adalah tidak dibenarkan.

Untuk pengetahuan semua, Johan sememangnya berasal dari keluarga berbangsa Cina, malah perkara tersebut pernah diceritakan melalui sebuah iklan sempena hari raya. Sementara itu, dalam muat naik gambar lain di Instagram, Johan meluahkan rasa yang terbuku di hati ibunya.

“Mak buat muka happy walaupun hanya kami je yang tahu perasaan dia. Mak cakap terima kasih pada semua yang ucap takziah. Tak lupa jugak pada yang kecam. Mak cakap – bagitahu diaorang, walaupun mak pernah makan babi, mak tak bodoh”

“Dan mak jugak tak pandai. And until now mak still belajar agama. Sampai mak cakap, Islam bukan agama yang menghukum tapi Islam itu ada hukumnya,” kongsinya di Instagram. Semoga Johan dan keluarga tabah menghadapi dugaan tuhan tuhan di laman sosial ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s