Seluruh rakyat di negeri Kedah terutama sekali peminat dan penyokong bola sepak skuad Hijau Kuning, gempar dengan berita pemergian pemain import kesayangan mereka Liridon Krasniqi atau nama gelaran yang diberikan orang Kedah, Mat Don.
Siapa tak sedih… Mat Don yang sporting habis dan telah menambat hati ribuan penyokong Helang Merah itu kini sudah mahu meninggalkan pasukan Kedah. Berita sedih itu didedahkan melalui satu rakaman video khas di facebook.
Mat Don mendedahkan bahawa dia kini terpaksa akur dengan takdir perjuangannya bersama skuad Hijau Kuning sudah berakhir. Walaupun sedih, namun itulah hakikatnya.. Agaknya kemana destinasi Mat Don selepas ini??
Lepas ni orang Kedah tak dapat lagi melihat kelibat pemain import kesayangan mereka… Dah la handsome… Pandai buat skill-skill menarik dan hebat pulak tu. Hahaaa… Siapa tak sedih kan apabila kontrak Mat Don bersama pasukan Kedah sudah berakhir. Sedihnyaaaaaaa!
Pasti selepas ini orang Kedah akan merindui pemain import kesayangan mereka itu… Semoga perjalanan Mat Don lebih cerah bersama pasukan seterusnya. Tertanya-tanya jugak Gomez, kemana destinasi Mat Don selepas ini??
Sebenarnya, itu video pertama yang dimuat naik oleh page Persatuan Bola Sepak Kedah di facebook. Mat Don sebenarnya dah prank seluruh rakyat Kedah! Kononnya kontraknya bersama Kedah sudah berakhir… Habis semua peminat bola sepak Kedah sedih.
Video kedua yang dimuat naik mereka menyaksikan bahawa berlaku sedikit ‘penipuan’ disitu… Mungkin Mat Don nak melawak dengan korang kot! Siap ucap selamat tinggal bagai… Padahal Mat Don dapat sambung kontrak bersama pasukan Kedah selama dua tahun lagi.
Perhhhhh… Memang sah la yang Mat Don ni sayang sangat dekat Kedah… Lagipun rakyat Kedah memang sayang dekat Mat Don. Sebelum ni Mat Don sendiri yang cakap, Kedah akan menjadi pasukan terakhir beliau di Malaysia dan akan terus bersama Kedah selagi kontraknya masih ada..
Tapi kalau Kedah dah taknak dia… Mat Don terpaksa akur jugak! Tapi apa yang penting korang semua dah kena prank dengan Mat Don.. Hahahaha! Semua terkena… Sekali dengan Gomez pun terkena sekali! Kurang asam betul. – TiraGomez/UtaraNews