Ameng Spring Bakal Jadi Juara Gegar Vaganza Musim 3??

e

Diam tak diam, nampaknya program realiti Gegar Vaganza musim ketiga dah hampir ke penghujungnya.. Kejap jer masa berlalu.. Miss rasa macam baru bermula jer program nyanyian tu.. Lepas dah tamat program nyanyian tu nanti, agaknya tak akan ada ‘drama’ yang bakal tercetus lagi noh.. Hahaha..

Kalau tidak, setiap minggu ada-ada saja ‘drama’ yang tercetus dikalangan peserta program tersebut.. Nak tarik diri lah, nak tukar lagu lah dan macam-macam lagi ‘drama’.. Minggu final pada 4 Disember nanti, hanya enam finalis jer akan berentap, selepas penyanyi Nora Ariffin tersingkir pada konsert separuh akhir baru-baru ni..

Nampaknya lagu sendiri yang dinyanyikan Nora tidak memberi tuah kepada beliau untuk melangkah ke peringkat akhir program tersebut.. Pada mulanya ramai yang ingatkan Nora akan jadi ‘juara’ selepas didakwa menjadi ‘anak emas’ Astro kerana sering diberikan keistimewaan seperti menyanyikan lagu sendiri.. Rupanya tidak u’olls!

Tapi kan Miss dengar nama Ameng pulak menjadi bualan hangat ramai dan dikritik kerana mendapat dua lagunya sendiri, iaitu Bougenvilla dan Romantis untuk dinyanyikan pada konsert akhir nanti.. Ramai yang merasakan perkara tersebut tak adil kerana finalis lain mendapat lagu penyanyi lain..

Gara-gara mendapat lagu sendiri, ramai yang menganggap Ameng bakal jadi juara Gegar Vaganza musim ketiga.. Korang rasa?? Apa-apa pun u’olls tunggu jer lah konsert akhir nanti yer, lihat Ameng atau finalis lain yang akan jadi juara.. Macam-macam hal, sampai kesudah ada ‘drama’.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s