Adakah Mahfuz Kini Sudah Menjadi Ahli PAN??

2a-copy

Gomez tak faham betul la dengan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sorang ni… Nama masih lagi ada sebagai anggota PAS. Namun penglibatannya di pentas Parti Amanah Negara (PAN) telah membingungkan orang ramai.

Lebih memeningkan, jika sebelum ini Mahfuz hanya dilihat melibatkan diri dalam ceramah-ceramah serta majlis-majlis yang diadakan PAN serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Kali ini, Mahfuz diberi peluang untuk berucap di pentas PAN.

Aikkkkk… Makin tidak dapat dipastikan status sebenar Mahfuz ini… Penjelasan dari Mahfuz juga tidak kedengaran. Adakah Mahfuz kini sudah menjadi ahli PAN?? PAS pula sehingga sekarang masih lagi senyap sunyi.

Langsung tiada sebarang tindakan diambil terhadap Mahfuz… Ditambah pula PAS seperti membenarkan ahlinya mengkhianati parti, apabila pihak mereka langsung tidak kenakan tindakan disiplin terhadap ahlinya yang menyertai himpunan Bersih 5 lalu.

PAS ni tak berani nak ambil tindakan ke?? Atau PAS sebenarnya langsung tidak kisah jika ahlinya nak mengkhianati parti? Kenapa tak singkirkan sahaja Mahfuz dari PAS? Bila Mahfuz sudah mula menjadi orang suruhan PAN… Secara tidak langsung, dia akan menjadi balaci kepada DAP.

Lepas ni apa pulak?? Tak kan dapat berucap atas pentas PAN je… Mana la tahu lepas ni Mahfuz ditawarkan jawatan dalam parti PAN. Mungkin sebab tu Mahfuz dilihat asyik melekat je dengan parti serpihan PAS tu. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s