Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Dipatuk Ular King Cobra

Jangan main-main kalau terkena patukan ular, tambahan pulak kalau kena patuk ular berbisa.. Kalau lambat dirawat boleh membawa maut tau!! Sekarang pula musim sekejap hujan, sekejap panas.. Memang persekitaran tak menentu, memang lumrah ular suka mencari tempat yang lembab untuk dijadikan sarang nak berkampung..

Korang perhatikan kawasan sekeliling rumah korang tu, kalau ada tempat-tempat tersembunyi.. Silalah berhati-hati sebelum terjadinya perkara yang tak diingini.. Seorang wanita yang dikenali sebagai Bairah Bahrim dah viral di laman sosial, gara-gara beliau kongsikan detik dipatuk ular cobra..

Ular cobra ni antara ular yang paling berbisa dan boleh menyebabkan kematian.. Banyak dah kes orang mati sebab kena patuk dengan ular cobra.. Ngeri weh tengok gambar yang dikongsikan Bairah hasil dari kesan gigitan ular cobra tu di bahagian kaki dia..

Dalam masa seminggu kaki Bairah ni boleh bertukar jadi macam zombie.. Sampai nampak tulang kaki dia beb!! Ular tu dah patuk kaki Bariah waktu kat rumah sewa.. Waktu kena patuk ular dia langsung tak sedar, tengah sibuk nak basuh baju dan letakkan baju dalam mesin basuh..

Tahu-tahu je kaki rasa sakit bila tengok kat bawah baru sedar kaki dah kena gigit ular cobra.. Tindakan yang dibuatnya hanya minta tolong kawan-kawan.. Bairah dah dirawat kat Hospital Raja Zainab.. Korang tengok la sendiri kesan gigitan cobra tu kat badan manusia, memang betul-betul bahaya..

Malang tak berbau, benda nak jadi memang tak boleh diduga.. Kalau boleh periksa persekitaran rumah tu dulu, kalau-kalau ada ular yang dah bersarang.. Kalau korang terkena patukan ular jangan gelabah, sila ke hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan dan bawa sekali gambar atau mayat ular untuk tunjuk pada pihak hospital.. Sebab pihak hospital tak boleh bagi ubat anti venom kalau tak tahu jenis ular yang dah patuk korang.. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s