Sistem Permit Masuk Kenderaan Dalam Persediaan Akhir

bh_20150729_azvep0g1l_1795831

Sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang akan membantu kerajaan mengatasi pelbagai isu termasuk mengesan kereta klon asing, kini dalam proses persediaan akhir sebelum dilaksanakan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, apabila ia sedia dilaksanakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, semua data kenderaan yang telah didaftarkan dalam sistem itu, akan diselaraskan dengan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu mySikap.

“Melalui sistem ini, kita akan dapat memastikan pelaksanaan yang lebih sistematik.

“Sehingga sekarang, sebanyak 200,365 kenderaan Singapura telah mendaftar menerusi laman web JPJ,” katanya..

Liow berkata rakyat Singapura masih digalakkan untuk mendaftar kenderaan mereka dengan bayaran RM10, selagi tiada tempoh akhir pendaftaran ditetapkan.

“Apabila pendaftaran telah dilakukan, JPJ akan mengeluarkan satu tag khas kepada pemilik kenderaan berkenaan untuk diletakkan di cermin hadapan kereta.

“Daripada tag itu, mereka juga sebenarnya boleh membuat bayaran RC secara automatik di kaunter dan tidak perlu menggunakan kad Touch ‘n Go.

“Namun tag itu harus ditambah nilai dari semasa ke semasa melalui laman web sedia ada dan ia juga boleh diambil di mana-mana kaunter yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

VEP, buat permulaan, akan dilaksanakan di dua pintu masuk negara di Johor iaitu melalui Tambak Johor dan Link Kedua, sebelum diperluaskan ke pintu masuk lain seperti di sempadan Thailand, Indonesia dan Brunei.

“Kita akan laksanakan VEP di pintu masuk itu secara berperingkat dan ketika ini, kita sedang dalam proses membuat tender,” katanya.

Dalam pada itu, Liow puas hati dengan pelaksanaan kutipan RC di kesemua 62 laluan kenderaan di BSI dan Link Kedua.

“Kita meletakkan seramai 37 kakitangan JPJ untuk melaksanakan kerja RC serta VEP ini dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang dapat memastikan pelaksanaannya berjalan lancar,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s