Satu Juta Tiket Konsert Bruno Mars Terjual Dalam Sehari

i

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi yang popular menerusi lagu The Lazy Song, Bruno Mars ni kan.. Setelah sekian lama menyepikan diri daripada dunia nyanyian, Bruno Mars tampil dengan lagu baru yang bertajuk ’24k Magic’.. Miss tengok lagu tu dah semakin meletop-letop dan sering dimainkan di corong-corong radio..

Terbaru, Miss dengar, Bruno Mars telah mencipta rekod baru bila berjaya menjual satu juta tiket konsert untuk jelajah konsert ’24k Magic World Tour’ hanya dalam waktu sehari jer u’olls.. Whoaa.. Dasyat betul penangan Bruno Mars noh!

Walaupun dah empat tahun tak beraksi di atas pentas, Bruno Mars masih dinanti-nantikan.. Itulah petanda yang peminat Bruno Mars masih setia menanti karya-karya dari beliau.. Satu juta tiket yang terjual tersebut untuk konsert di kawasan Eropah dan Amerika Utara sahaja okay..

Selain tu, Miss dengar konsert ’24K Magic World Tour’ telah menambah lagi 15 pertunjukan yang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 100 pertunjukan.. Dasyat betul kalau penyanyi barat buat konsert kan, patotlah dorang kaya raya.. Apa-apa pun, lagu terbaru Bruno Mars memang gempak dan best bila Miss dengar!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s