RUU 355 Tidak Perlu Dipolitikkan

Usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355 tidak perlu dipolitikkan kerana ia usaha memperkukuhkan kedudukan Makamah Syariah dalam negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, apabila dibentang pindaan, ia memberikan mesej bahawa kerajaan secara langsung ikhlas dalam usaha memperkukuhkan kedudukan perundangan agama Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan negara.

“Bagaimanapun, laluannya masih jauh kerana selain bacaan dan pembentang serta perbahasannya mungkin akan dibuat Mac 2017, usaha untuk memberikan penjelasan kepada rakyat terutamanya kepada pimpinan dan masyarakat bukan Islam mestilah dibuat secara terancang dan bersungguh sungguh.

“Kerana kebimbangan kita ialah apabila ada pihak akan memburukkan keadaan dengan memberikan gambar tidak betul terutama kerana kepentingan politik.

“Justeru itu apabila langkah awal kerajaan memberikan taklimat yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai isu ini merupakan suatu langkah terpuji dan mesti diteruskan lagi dengan memberikan pemahaman kepada kumpulan kumpulan berkepentingan yang lain,” katanya..

Pada Khamis, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul RUU 355 yang dipinda bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 pada persidangan Dewan Rakyat.

Namun begitu, penerangan lanjut mengenai usul tersebut ditangguhkan ke sesi akan datang.

Dalam pada itu, Shamsul secara peribadinya menyatakan sokongan kepada RUU 355 kerana ia adalah demi kepentingan agama Islam dan rakyat secara keseluruhannya.

“Jika kita mampu membendung perlakuan jenayah melalui mengukuhkan undang undang sedia ada ia tentu sesuatu yang baik dan perlu dilakukan.

“Namun paling mustahak janganlah kita mempolitikkan isu ini sehingga menimbulkan suasana yang tidak baik terutama menggambarkan sesuatu yang buruk kepada sistem undang undang agama Islam itu sendiri,” jelasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s