Nadya Syahera Sengaja ‘Cari Pasal’ Dengan Peminat

1w

U’olls kenal tak dengan pelakon Nadya Syahera?? Miss rasa mungkin ada yang kenal dan tidak.. Bagi u’olls yang minat drama ‘Dia Semanis Honey’, mungkin kenal dengan pelakon suam-suam kuku ni.. Nadya dikenali menerusi drama berkenaan, tapi Miss tengok lepas drama tu namanya tenggelam jer..

Sebelum ni Nadya penah dikritik kerana bersentuhan dengan pelakon lelaki dalam lakonan dramanya, lepas tu dikritik jugak kerana kerap menunjuk gambar terlalu mesra bersama ‘teman lelaki’ di media sosial.. Dek kerana dikritik macam-macam, akhirnya Nadya tampil bersuara..

Kalau u’olls nak tahu, Nadya sebenarnya dah berkahwin.. Lelaki yang kerap bergambar mesra dengan Nadya adalahnya suaminya yang dikenali Fizul Nawi.. Pasangan ni dah berkahwin pada 25 September lalu lagi.. Miss dengar majlis pernikahan dorang diadakan secara kecil-kecilan jer..

Dah kahwin lama, baru sekarang nak beritahu.. Pelik betul! Miss rasa Nadya sepatutnya memberitahu awal-awal lagi statusnya, bukannya disembunyikan.. Memang akan kena kritik lah kalau dia tayang kemesraan bersama lelaki bukan mahram.. Itu pun tak boleh fikir ke, hah!

Lagipun dalam perkahwinan memang patut di war-warkan untuk mengelak daripada fitnah, bukannya disembunyikan.. Kritikan teruk yang dilemparkan terhadap Nadya selama ni, berpunca daripadanya sendiri.. Memang padan lah kena macam tu, dah sendiri cari pasal!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s