Malaysia Bukan Hab Penjualan Bayi

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak tanggapan bahawa Malaysia merupakan hab penjualan bayi seperti yang dilaporkan stesen televisyen Al-Jazeera.

Beliau berkata tidak dinafikan bahawa aktiviti penjualan bayi berlaku di negara ini, namun ia tidak semudah yang dilaporkan dalam program terbitan Al-Jazeera semalam.

Beliau menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengambil tindakan tegas dan bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi bagi memastikan aktiviti pemerdagangan dan sebarang bentuk eksploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak diberi keutamaan.

“PDRM akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan yang dibuat pihak Al-Jazeera bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, polis giat menangani isu berkenaan dan ini dibuktikan dengan tindakan yang diambil Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Orang (Atipsom) D7C yang ditubuhkan pada 2008, dan oleh Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

Beliau turut mengesa masyarakat supaya mengambil anak angkat dengan mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan bagi memastikan tidak wujud ruang untuk eksploitasi kanak-kanak. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s