Lelaki Mati Tercekik Ketika Makan Nasi Kukus

l

Pelik-pelik betul permainan yang dibuat, tak pasal-pasal ada peserta dah mati katak sebab sertai pertandingan pelik macam ni.. Korang selalu dengar tak pertandingan makan paling cepat?? Memang banyak dibuat kat seluruh dunia, nak menguji kepantasan peserta dalam makan makanan dengan cepat..

Sepanjang dok berlangsung pertandingan ni, Miss A tak pernah lagi dengar peserta mati sebab tercekik makanan.. Terkini, kes pertama seorang peserta mati sebab tercekik nasi kukus.. Kat Jepun ada buat pertandingan makan lima bebola nasi kukus paling cepat..

Ala, nasi kukus ni makanan tradisi popular kat Jepun.. Orang Jepun panggil ‘onigiri’..Sebuah acara telah anjurkan makan onigiri paling cepat.. Mangsa yang tak didedahkan nama tu dah sumbat bebola nasi yang kelima dalam mulut kemudian pengsan..

Mangsa bukan sumbat semua lima bijik nasi kukus tu, tapi makan satu-satu.. Dah sumbat nasi kukus yang ke lima baru mangsa jatuh pengsan dan dikejarkan ke hospital.. Tak lama selepas itu, mangsa dah pun disahkan mati sebab tercekik dan tak mendapat oksigen yang cukup..

Pertandingan makan nasi kukus paling cepat ni memang pertandingan yang cukup popular kat Jepun.. Memang dah banyak orang Jepun cipta rekod makan nasi kukus paling cepat.. Mungkin disebabkan mangsa tu seorang amatur, tak tahu teknik yang betul untuk makan dengan pantas hingga menyebabkan kematian..

Rasa-rasanya lepas dah ada orang mati sebab makan nasi kukus pantas ni, mesti banyak orang Jepun yang dah tak berani nak masuk pertandingan ni.. Nak masuk pertandingan kena ada pengalaman, dah tahu mulut tu dah penuh sangat, gagah nak sumbat jugak.. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s