Konsert High Note Masih Hebat Walaupun Terdapat ‘Kesilapan Teknikal’

AZLAN AND THE TYPEWRITER

Pembukaan Konsert High Note dimulakan oleh penyanyi lelaki yang cukup tinggi suaranya, iaitu Azlan The Typewriter berjaya memukau penonton yang hadir pada malam pertama persembahan.

Ternyata, vokal Azlan masih berada di landasan yang sama apabila menyanyikan lagu ‘Lagu Untukmu’ yang begitu lantang dan hebat.

Tidak ketinggalan, Jaclyn Victor pelantun lagu ‘Gemilang’ ini telah memberi sentuhan baru pada lagu yang jarang didengar iaitu ‘Cinta Tiada Akhirnya’ ciptaan Sulu Sarawak.

Jac, sangat selesa dan bersahaja dengan nyanyiannya serta kelunakan vokalnya, membuatkan penonton tergamam.

Selepas giliran Jac selesai, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba apabila penyanyi disayangi Ziana Zain telah menyanyikan lagu ‘Riwayat Cinta’ yang sudah berusia dua dekad.

Walaupun sebelum ini ada yang mempertikaikan vokal Ziana tidak bermaya, namun pada malam pertama Konsert High Note telah menangkis persepsi itu.

Kekuatan vokal Ziana masih lagi mempunyai taring, mampu menyaingi penyanyi baru yang berada dalam arena muzik tempatan.

Malah, gaya selamba Ziana menanggalkan kasut menyanyikan lagu rancak ‘Ku Cinta Padamu’ menerima respon paling gemuruh kerana dia menari begitu ligat dan bersahaja.

Kredibiliti dan profesionalisme semua penyanyi dalam Konsert High Note sangat komited dan ikhlas untuk peminatnya.

Tetapi, dalam menjayakan konsert ini, rupa-rupanya mereka hanya diberi masa sekitar dua hingga tiga jam untuk berlatih dengan pemuzik sebelum konsert bermula.

Promosi juga dibuat pada dua bulan yang lalu, tetapi sepanjang tempoh itu penyanyi tidak menjalani sebarang latihan bersama pemuzik.

Mereka pada mulanya ingin menarik diri dan membatalkan konsert, bagaimanapun demi menghormati prestij pengurusan Istana Budaya, hajatnya mereka tidak diteruskan.

Ketika sidang media berlangsung, pelbagai soalan ditanyakan kepada pihak penganjur dan seperti biasa jawapan diterima sangat klisye, iaitu – kesilapan teknikal dan salah faham.

Riak kekecewaan terserlah di wajah Ziana Zain dan Jaclyn Victor tetapi masih memberi senyuman yang manis kepada penonton yang hadir.

Apa-apa pun yang berlaku, kesungguhan mereka walaupun kurang latihan, masih luar biasa dan menghiburkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s