PENJELASAN BERHUBUNG ISU HALANGAN TERHADAP PETUGAS PENGUATKUASA MBSA

KENYATAAN AKHBAR
PENJELASAN BERHUBUNG ISU HALANGAN TERHADAP PETUGAS PENGUATKUASA MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM DI BUKIT RAHMAN PUTRA, SUNGAI BULOH

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas maklumbalas positif yang diterima daripada masyarakat berhubung isu anggota penguatkuasa MBSA yang telah dihalang daripada melakukan tugasan.

Untuk makluman, insiden ini berlaku di kawasan letak kenderaan di Jalan BRP 6/11, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh apabila seorang anggota penguatkuasa MBSA yang sedang menjalankan pemeriksaaan ke atas kenderaan yang diletakkan di kawasan letak kenderaan di lokasi berkenaan telah mengeluarkan kompaun kepada salah sebuah kenderaan yang disyaki gagal mempamerkan kupon meletak kenderaan.

Semasa proses untuk menguatkuasa tindakan tersebut, anggota penguatkuasa berkenaan telah dihalang dan dikasari secara fizikal daripada melaksanakan tindakan penguatkuasaan sebagai penjawat awam. Anggota penguatkuasa yang telah dihalang daripada melakukan tugasan ini telah membuat laporan polis berhubung insiden ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.

Rentetan daripada isu ini, pihak Majlis sedang menimbang untuk mengambil tindakan ke atas pelaku berkenaan, berdasarkan kepada lunas Undang-Undang sedia ada kerana perlakuan seperti ini ternyata mengganggu dan menghalang tugas-tugas seorang penjawat awam.

Insiden ini juga merupakan sebahagian daripada cabaran penjawat awam semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab, namun perkara ini tidak akan melemahkan komitmen dan semangat warga kerja MBSA untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab, sebaliknya menjadikan warga MBSA lebih tabah, berdedikasi dan cekap semasa menjalankan tugasan.

Kerajaan Negeri Selangor amat memandang serius tentang isu ini dan menegaskan bahawa perlakuan kedua-dua pelaku tersebut telah mendatangkan impak besar kepada penjawat-penjawat yang terpaksa menghadapi pelbagai rintangan di balapan tugasan harian. Dengan ini, saya ingin mengutuk perlakuan sebegini dan Kerajaan akan mengambil pendirian yang tegas bagi menghadapkan sesiapa yang bersalah ke muka pengadilan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan kadar yang segera.

Pihak MBSA merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sentiasa mengamalkan dan berpegang teguh kepada konsep integriti, amanah dan telus serta sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan efisyen kepada orang ramai. Justeru itu, Kerajaan NegeriI bersedia memberikan sokongan padu kepada MBSA untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.

Sekian, Terima Kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s