OIC Dan PBB Perlu Hentikan Keganasan Di Myanmar

ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) perlu bertindak segera bagi menghentikan perbuatan membunuh masyarakat Rohingya secara beramai-ramai di Myanmar ketika ini.

Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, DMDI percaya, sebagai badan berpengaruh, ASEAN, OIC dan PBB boleh memainkan peranan penting untuk menghentikan krisis di Myanmar serta mempunyai kuasa dan kemampuan untuk menamatkan pembunuhan secara beramai-ramai di sana.

Katanya, peristiwa yang berlaku di Myanmar ketika ini merupakan perbuatan melanggar hak asasi manusia terhadap masyarakat Rohingya yang amat dahsyat, terutama melibatkan wanita dan kanak-kanak, yang perlu dihentikan segera.

“Pada konvensyen DMDI minggu lepas, kami meluluskan usul mengutuk kerajaan Myanmar kerana membunuh umat Islam Rohingya di Myanmar dan menggesa agar tindakan diambil untuk menghentikan perbuatan itu dengan segera.

“DMDI secara tegas menyeru kerajaan Myanmar supaya menghentikan perbuatan mencabul hak asasi manusia dan tindakan membunuh masyarakat Rohingya,” katanya.. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s