Nicki Minaj Suruh Teman Lelaki Cium Kaki Untuk Buktikan Cinta Mereka Berdua

a

Nama penyanyi seksi, Nicki Minaj, tak perlu lah Miss perkenalkan lagi yer u’olls.. Nama penyanyi ni bukan lah nama asing di dalam industri seni di Hollywood.. Nicki sering disamakan dengan watak animasi Barbie kerana penampilannya yang menonjol..

Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal karier Nicki sebagai penyanyi pun, ini kisah hubungan cintanya dengan penyanyi Hip Hop, Meek Mill.. Baru-baru ni, nama penyanyi yang popular menerusi lagu Anaconda ni menjadi bualan hangat bila dikatakan putus cinta dengan Meek..

Dakwaan tu timbul selepas Meek tutup akaun Instagramnnya.. Tapi kisah yang sebenarnya Nicki dan Meek tak putus pun.. Untuk menepis dan mengelak orang ramai dari membuat spekulasi yang bukan-bukan, Nicki tampil memuat naik gambar kekasihnya baik punya dok cium kaki dia di akaun Instagramnya..

U’olls tengok jer lah gambar tu, Meek dengan penuh perasaan mencium kaki Nicki.. Kononnya gambar tu untuk membuktikan hubungan mereka masih baik dan berjalan dengan lancar seperti sebelum ni.. Bukannya seperti dakwaan yang dilemparkan kepada dorang..

Ohhh.. Macam tu yer nak tepis dakwaan putus cinta.. Sampai si kekasih kena cium kaki bagai.. Sayang betul Meek kat Nicki kan u’olls, kaki pun sanggup dicium dia.. Inilah yang dikatakan ‘cinta sejati’, sanggup melakukan apa saja untuk kekasih tercinta..

Cinta lah sangat kan! Bila putus, semuanya menjadi benci.. Tengok pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt dah lah, mula-mula jer sweet.. Lepas bercerai, langsung tak nak hadap muka masing-masing.. Sampaikan Angelina sanggup pindah rumah di kawasan yang lebih jauh daripada Brad Pitt.. Puuiihh.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s