Budak Umur 7 Tahun Dibakar Hidup-Hidup Kerana Mencuri Makanan

Kalau dah ikutkan sangat perasaan marah dan hasutan syaitan, memang seseorang itu akan hilang sifat perikemanusian dalam diri.. Bunuh orang pun dah rasa macam perkara biasa.. Di Lagos, seorang budak lelaki telah dibelasah dan dibakar hidup-hidup sampai mati oleh orang ramai atas kesalahan mencuri makanan..

Besar sangat ke kesalahan budak tu, sampai sanggup nak bakar dia sampai mati?? Miss A tak sanggup nak tengok video budak ni dibakar hidup-hidup, walaupun dah teruk kena belasah.. Penduduk tempatan kat situ masih tak berpuas hati dan ambil keputusan untuk bakar budak tu sampai mati.. Dah mati baru penduduk kat situ puas hati ka?? Bodoh punya orang!!

Rakaman video itu menunjukkan budak lelaki tersebut dah dibogel dan diikat kakinya.. Sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf atas kesalahan mencuri dan meminta penduduk tak terus menghukumnya.. Ada penduduk mendakwa budak tu dah banyak kali dok mencuri kat peniaga tempatan lain..

Dah kena pukul banyak kali pun budak tu masih lagi usaha nak bangun nak minta tolong.. Ada penduduk letakkan tayar terpakai kat leher dia sebab nak bakar, tapi budak tu berjaya elak..

Ada juga penduduk lain yang marah bila budak tu kena pukul dan minta budak tu dihantar kepada pihak polis.. Biar pihak polis yang kenakan hukuman yang setimpal atas kesalahan mencuri yang budak tu lakulan.. Mana tahu budak tu mencuri makanan sebab lapar sangat kerana dah beberapa hari tak makan..

Budak tu dah dimandikan dengan minyak tanah, sebelum dibakar hidup-hidup.. Ada sumber mendedahkan budak tu baru berumur 7 tahun.. Budak kecil lagi kot, takkan tak ada rasa simpati langsung.. Penduduk tempatan yang bakar budak ni dah terlibat dalam kes bunuh.. Suka hati ja nak jatuh hukum mati kat orang.. – MissA/UtaraNews

https://youtu.be/NUGtyq_aKhI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s