Angelina Jolie Jadi Perokok Tegar Selepas Bercerai

f

Selepas bercerai, pasangan pelakon popular Angelina Jolie dan Brad Pitt masih menjadi bualan hangat peminat sehingga sekarang.. Miss rasa setiap hari ada jer cerita pasal pasangan ni timbul.. Kes pasangan ni akan meleret sampai tahun depan agaknya..

Terbaru, Miss dengar Angelina dikatakan mengalami stress teruk akibat perceraiannya dengan Brad Pitt dan jugak kerana perebutan hak penjagaan anak.. Dek kerana mengalami stress yang teruk, kini pelakon popular itu menjadi perokok tegar..

Ish! Ishh! Sampai macam tu sekali dia punya stress.. Angelina dikatakan tak makan dan tak henti-henti merokok.. Kalau u’olls nak tahu, dalam sehari jer Angelina boleh habiskan dua kotak rokok.. Perghh! Ini nak mati cepat ke apa ni, hah??

Selain tu Miss dengar, tubuh Angelina dah semakin kurus.. Ramai yang mengatakan tubuh Angelina kini hanya tinggal kulit dan tulang jer.. Mana tak kurus keringnya, kalau rokok jer yang jadi santapan hari-hari Angelina..

Miss rasa Angellina tak patut merosakkan hidupnya macam tu.. Yela, dia masih mempunyai anak-anak.. Anak-anak beliau memerlukan perhatian darinya, kalau dia berterusan macam ni.. Tunggu je la maut datang menjemput yer!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s