Siapa Saja Yang Jadi Perdana Menteri Akan Diserang Dan Dikritik

7a-copy

Memang tidak dinafikan… Kesemua pemimpin teringin nak dapatkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Cuma apa yang membezakan mereka adalah golongan yang sedar diri dan golongan yang tak sedar diri.

Golongan yang sedar diri ni seperti mereka tahu, dimana mereka berdiri sekarang… Walaupun impian nak jadi perdana menteri tapi dorang sedar yang dorang tak layak untuk jawatan tu. Bagi spesis tak sedar diri pulak… Dorang tahu yang dorang tak layak… Tapi disebabkan oleh tamakkan jawatan, jadi mereka nak rebut jugak jawatan tu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri pastinya tidak akan terlepas dari diserang dan dikritik pihak tertentu. Pucuk pimpinan teratas ni selalunya disandang oleh presiden parti.

Jadi tak hairanlah kalau individu tersebut kerap difitnah dan dibenci oleh orang yang tamakkan jawatan tersebut. Serangan terhadap perdana menteri bukan lagi sesuatu yang baru… Sesiapa sahaja yang memegang jawatan tu pasti akan laluinya.

Mereka yang menimbulkan dan mencetuskan fitnah serta tohmahan ini sebenarnya mereka yang gagal untuk menjadikan diri sendiri sebagai perdana menteri. Bila tengok orang lain jadi perdana menteri, mula la dorang nak dengki dan cetuskan serangan.

Tindakan tersebut dilakukan kerana berebutkan kuasa dan jawatan… Dengan adanya kemudahan media baru… Sedikit sebanyak ia memberi kelebihan kepada pihak yang dengki untuk cetuskan serangan.

Seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak… Sebelum beliau menjadi perdana menteri, dirinya tidak prnah didedahkan kepada umum. Sebut nama pun mungkin ada yang kenal dan ada yang tidak.

Akan tetapi selepas memegang jawatan sebagai perdana menteri… Pelbagai cemuhan dan serangan dilancarkan terhadapnya. Serangan itu pastinya beliau dapat dari insan yang dengki dan gagal untuk merebut jawatan tersebut. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s