Rafizi Ramli Letak Jawatan Sebagai Setiausaha Agung PKR

image

Mohd Rafizi Ramli hari ini disahkan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR.

Berita itu disampaikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Umum Wan Azizah lagi, posisi Mohd Rafizi itu akan diganti oleh penyandang terdahulu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Mohd Rafizi telah diberikan hukuman atas kesalahannya yang mendedahkan dokumen sulit di bawah akta rahsia rasmi negara.

“Maka beliau dengan penuh tanggungjawab telah melepaskan jawatannya. Ini didorong oleh sistem perundangan yang pincang,” katanya

Wan Azizah yang ditemani Mohd Rafizi dan Saifuddin hari ini berkata, Saifuddin akan menjalankan tanggungjawabnya bermula esok.

Menurut Wan Azizah lagi, meskipun Mohd Rafizi telah melepaskan jawatannya kepada Saiffudin, Ahli Parlimen Pandan itu akan terus memangku jawatan sebagai naib presiden parti.

“Beliau akan terus memainkan peranan membongkarkan penyelewengan BN dan mengembleng tenaga rakyat biasa menyertai usaha menukar kerajaan dalam PRU14 nanti melalui pelbagai inisiatif yang beliau usahakan.

“Saya berbesar hati dengan kematangan yang ditunjukkannya,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s