Pemuda UMNO Serbu Pameran Kartun Hina PM Di Komtar

6-copy

Pameran kartun menghina Perdana Menteri oleh kartunis Zunar di Aras 3 Komtar bertukar kecoh apabila diserbu oleh sekumpulan Pemuda UMNO selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Kumpulan pemuda UMNO yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO P.Pinang, Rafizal Abdul Rahim mendesak pihak penganjur dan Zunar agar menghentikan pameran tersebut sebelum perkara yang tidak di ingini berlaku.

Zunar bagaimanapun dikatakan enggan menurunkan lukisan kartun yang menghina Perdana Menteri itu, diatas alasan beliau mempunyai permit untuk membuat pameran tersebut.

Kumpulan Pemuda UMNO kemudiannya memberikan masa selama satu jam untuk Zunar dan pihak penganjur menurunkan semua lakaran kartun yang diletakkan diaras 3 berkenaan.

Kekecohan berlaku apabila beberapa orang individu mula bertikam lidah dengan pihak penganjur dan juga kartunis terbabit sehingga berlaku tolak menolak diantara mereka.

Pihak Polis berjaya mengawal keadaan dan meleraikan kumpulan terbabit selepas berbincang dengan kedua-dua pihak demi keselamatan orang awam di situ.

Kartunis Zunar memang dikenali sebagai aktivis yang pro pembangkang serta seringkali menjadikan pemimpin negara sebagai modal untuk beliau memfitnah.

Selain dari itu, isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor juga kerapkali menjadi bahan kutukan Zunar didalam mencari rezeki sebagai seorang kartunis politik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s