Nicholas Saputra Berlagak Diva Dengan Pihak Media Di Malaysia

s

Pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’, Nicholas Saputra, tak perlu lah Miss perkenalkan lagi.. Pelakon kacak ni dah dikenali ramai.. Pelakon berasal dari Indonesia ni bukan setakat terkenal di negaranya jer, malah terkenal jugak di Malaysia..

Miss tertarik nak menceritakan pasal Nicholas ni selepas mendapat berita tak baik berkaitan dirinya.. Miss dengar Nicholas telah berlagak ‘Diva’ dengan pihak media di Malaysia.. Berdasarkan sumber yang Miss dapat, semalam ada tayangan filem ‘Interchange’ yang dibintangi oleh Nicholas.. Ramai jugak lah peminat termasuk wartawan yang hadir..

Apa yang Miss dengar sepanjang malam tu, Nicholas dikatakan buat perangai sombong dengan muka ketat dan hanya tersenyum bila lensa kamera terarah kepadanya.. Amboii.. Hipokritnya Nicholas ni!! Miss tak sangka pulak perangai Nicholas teruk macam tu sekali..

Lagi satu yang buat Miss berbulu, bila seorang wartawan mendakwa dia terdengar Nicholas berbisik kepada pengurusnya mengatakan dia nak beredar dari panggung tersebut kerana tak ramai orang yang hadir menonton filem beliau.. Ek’eleh.. Poyo betoii lah mamat ni!

Dah lah datang ke negara ni untuk promosikan filem dia, lepas tu dok buat perangai tak mesra dan sombong pulak dengan wartawan dan peminat.. Miss dengar ramai wartawan tak suka dengan pelakon ni.. Bila ditanyakan soalan, nak tak nak jer dia jawab..

Miss ingatkan perangai Nicholas macam Kris Dayanti dan Rossa yang sentiasa mesra dengan peminat dan wartawan di Malaysia.. Rupanya tidak.. Berlagak diva nak mampos! Tahu lah dia dah popular, tapi kalau terus buat perangai macam ni.. Tak mustahil lah akan diboikot ramai nanti!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s