Mahathir & Muhyiddin Sudah Setuju Dasar DAP Untuk Hapuskan Bumiputera?

5-copy

Demi untuk meraih sokongan kepada diri mereka, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mula terlupa dengan prinsip masing-masing?

Tidak perlu diceritakan lagi, Muhyiddin pernah berkata mana-mana orang Melayu yang bertindak bersekongkol dengan DAP, telah dikira sebagai pengkhianat bangsa.

Pernah dikatanya juga, Melayu yang bertindak menyokong dan membantu DAP hanyalah menjadi ‘kuda tunggangan’.

Apa kurangnya Dr Mahathir. Sejak melibatkan diri dalam dunia politik bermula 1945, bila masa dia memuja DAP?

Melainkan hanya menyumpah saranah dan memusuhi parti Chauvinist itu. Kit Siang digelar bapa rasis no. 1.

Pada mulanya, dia aktif dalam beberapa kesatuan antaranya Saberkas, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan akhirnya dalam UMNO.

Dr Mahathir buat pertama kalinya bertanding dan memenangi pilihan raya umum sebagai calon Perikatan bagi Kawasan Parlimen Kota Setar Selatan pada tahun 1964.

Pada pilihan raya umum 1969 yang mencetuskan rusuhan kaum, Dr Mahathir tewas di tangan calon PAS. Jika masih ingat, adakah sepanjang itu dia tidak mengherdik DAP?

Itulah Muhyiddin dan Dr Mahathir ketika mereka berada dalam UMNO dahulu. Tiada satupun dalam DAP tidak ‘dianti’ mereka.

Bagaimanapun, ia amat berbeza selepas dua M ini mula mengubah ‘tiang gol’ musuh mereka dari DAP kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apabila sekarang mereka telah bersekongkol dengan parti Chauvinist, secara tak langsung mereka turut mengakui dasar-dasar parti berkenaan?

Bukankah salah satu dasar parti DAP menyebut :

“Penghapusan pembahagian antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera” dan perlaksanaan kesaksamaan etnik”

Jadi, Muhyiddin dan Dr Mahathir kini telah menyokong penghapusan bumiputera di negara kita?

Di manakah menghilangnya semangat ketuanan bangsa yang selama ini diperjuangkan oleh mereka berdua semasa menjadi pemimpin UMNO?

Muhyiddin dan Dr Mahathir harus menjawab adakah mereka cuba untuk memperbodohkan rakyat, khususnya bangsa Melayu dan bumiputera di negara kita selama ini?

Jika tidak, benarlah bahawa Muhyiddin dan Dr Mahathir seorang ‘Pertualang Bumiputera’.

Rakyat tidak bodoh. Rakyat sudah tahu siapa sebenar dua M ini. Sebab itu orang Melayu tidak ramai turun menyertai Bersih 5 bersama dua M ini.

Dua M ini berjuang utk agenda peribadi dan kroni, bukan lagi hendak membela tanahair dan pertiwi. – BeruangBiru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s