Laporan Polis Terhadap Guan Eng Kerana Cuba Hasut Rakyat Benci Undang-Undang Islam

3-copy

Satu laporan Polis telah dibuat terhadap Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng kerana cuba memberi gambaran yang salah kepada orang bukan Islam terhadap pindaan Akta RUU 355 di Parlimen.

Laporan Polis tersebut dibuat oleh Naib Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) Abdul Karim Omar, yang mendakwa kenyataan Guan Eng cubaan untuk mengelirukan orang ramai serta menghasut dan menakut-nakutkan supaya orang (terutama yang bukan Islam) untuk menolak cadangan pindaan tersebut.

Dari kenyataan-kenyataan yang dibuat Guan Eng, ia merupakan kecenderungan:

“bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan” seperti yang termaktub di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Hasutan 1948.
“bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia” seperti yang termaktub di bawah Seksyen 3 (1) (c) Akta Hasutan 1948.
“bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia” seperti yang termaktub di bawah Seksyen 3 (1) (d) Akta Hasutan 1948.

Kenyataan Guan Eng ini jelas satu penentangan terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong yang telah bertitah ketika menyampaikan ucapan pembukaan Parlimen ke-13 pada 7 Mac 2016, bahawa “Beta harap usaha akan dilaksanakan untuk mengukuhkan institusi agama dan untuk menambahbaik pentadbiran undang-undang Islam dengan memperkasa mahkamah syariah”.

Dan ini adalah suatu perbuatan yang jelas menghasut dan merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Guan Eng juga menuduh cadangan pindaan yang dibuat oleh TG Ustaz Hadi sebagai “Hudud-like” sedangkan, dalam cadangan pindaan ini tidak termasuk hukuman potong tangan untuk pencuri yang mana kesalahan adalah di bawah Akta 574, bukan Akta 355.

Beliau turut menuduh bahawa pindaan ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. (“DAP opposes the hudud-like laws because it is contrary to the Federal Constitution“). Malah Guan Eng beberapa kali mengulangi perkara seperti ini di dalam kiriman blognya tersebut.

Usaha sengaja mengelirukan orang ramai ini ialah satu cubaan untuk menghasut orang ramai kerana Akta 355 ini adalah suatu Akta yang sedia ada, usul yang ingin dibawa ialah suatu pindaan kepada yang sedia ada. Mana mungkin Akta yang sedia ada itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Malah Akta ini telah pun dua kali dipinda sebelum ini.

Guang Eng juga cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam dengan mengaitkan cadangan pindaan ini kepada masyarakat bukan Islam. Mustahil untuk Akta yang semata-mata untuk memperkasakan Mahkamah Syariah ada kaitan langsung dengan orang-orang bukan Islam.

Di dalam Seksyen 2 Akta 355 dengan jelas menyebut, bahawa “Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam”.

Mana mungkin orang-orang bukan Islam boleh dibicara di Mahkamah Syariah, malah terbukti bahawa belum pernah ada mana-mana orang bukan Islam yang dituduh dengan salah di mana-mana Mahkamah Syariah di bawah Akta 355.

Dan Seksyen tersebut turut memperkuatkan fakta bahawa Akta ini adalah berperlembagaan kerana punca kuasa dengan menyebut bahawa “Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa …”

Ini bermakna, hanya kesalahan-kesalahan yang telah termaktub dalam Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sahaja. JELAS. Telah disebut dalam Perlembagaan Persekutuan tentang senarai kesalahan yang di bawah Akta 355.

Adalah sangat wajar untuk pihak polis membuat siasatan terhadap Lim Guan Eng di atas kenyataannya yang menghasut tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s