Kafir Tak Perlu Masuk Campur Urusan Islam Di Malaysia – Haji Hadi Awang

4-copy

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli politik bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan yang membabitkan soal syariat agama Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, usul RUU 355 yang berkait dengan penganut agama Islam tidak sepatutnya diganggu oleh kalangan bukan Islam.

Namun katanya, terdapat ahli-ahli politik bukan Islam yang dipercayai tidak mewakili masyarakat bukan Islam seluruhnya, mempersoalkan RUU ini lebih mendapatkan keuntungan politik daripada kepentingan awam.

“Kita melihat RUU 355 untuk menaik taraf Mahkamah Syariah yang diletakkan di taraf hina pada zaman penjajah. Dan ia perlu diperkasakan dengan mengangkat sebanyak dua kali pada tahun 1965 dan 1984 tanpa ada tentangan dari kalangan bukan Islam,” katanya.

Malangnya kata beliau, hari ini ahli-ahli politik bukan Islam cuba menunjukkan campur tangan di dalam soal syariat agama Islam.

“Saya beri peringatan kepada mereka jangan berlagak jadi Ahok di Jakarta,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu PAS akan menganjurkan Himpunan Aman Raksasa berkaitan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Himpunan katanya, sebagai mewakili umat Islam daripada berbagai-bagai parti politik, NGO atau di kalangan bukan Islam bagi membuktikan sokongan mereka kepada RUU ini.

“Kita tunggu dan lihat, saya minta umat Islam menjaga hubungan baik dengan mereka bukan Islam, yang penting untuk menunjukkan sokongan awam. Kita akan mengadakan rundingan dengan semua pihak bagi memastikan himpunan ini diadakan sebaiknya,” ujarnya.

Walau bagaimanapun beliau tidak memberitahu bila himpunan itu akan diadakan, cuma memberi gambaran ia akan diadakan dalam tempoh sehingga bulan Mac tahun hadapan.

“Kita akan bagi penerangan di seluruh negara terlebih dahulu dan akan mengadakan dialog di kalangan bukan Islam,” katanya.

Beliau bekata demikian dalam sidang media di lobi parlimen sebaik sahaja membacakan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s