Gerakan Anggap Guan Eng Hanya Tahu Habiskan Duit Rakyat

2-copy

Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng dianggap sebagai seorang pemimpin yang paling licik dan juga paling kuat putarbelit oleh majoriti rakyat di negeri ini.

Turut berkongsi rasa yang sama, Bendahari Gerakan, Ng Fook On menganggap Ketua Menteri berkenaan sanggup menghabiskan duit rakyat bagi kepuasan sendiri tanpa mengira kebajikan penduduk di P.Pinang.

Beliau juga menuduh Guan Eng tak tahu mengatur belanjawan negeri, dan mendesak kerajaan DAP P.Pinang menjelaskan kepada rakyat tentang bagaimana untuk membiayai bajet defisit terbesar dalam sejarah negeri ini.

Beliau turut mempersoalkan kemampuan Guan Eng untuk berbakti kepada rakyat, memandangkan banyak isu-isu tempatan tidak diselesaikan dan hanya menunding jari pada pihak lain.

Mengapakah Ketua Menteri tersebut selama 6 tahun tidak mahu menggunakan wang didalam bajet negeri bagi menyelesaikan serta menambahbaik kesengsaraan rakyat di negeri ini? ujar beliau.

Bagaimana Guan Eng boleh meluluskan, mengesahkan dan membentangkan bajet negeri yang sangat tidak realistik didalam Dewan Undangan Negeri P.Pinang, sambil ditonton oleh seluruh rakyat? soalnya kemudian.

Ng juga mempertikaikan kenyataan bahawa kerajaan DAP negeri P.Pinang adalah kerajaan negeri yang berprestasi baik kerana bajet yang dibentangkan oleh Ketua Menterinya sangat memalukan.

Lim Guan Eng sebelum ini dikecam hebat oleh pelbagai lapisan rakyat kerana memperuntukan sejumlah perbelanjaan yang besar kepada Pejabat Ketua Menteri dengan alasan pengurusan.

Ketua Menteri itu juga dikritik kerana membentangkan bajet defisit selama 6 tahun berturut-turut, sedangkan seringkali dia mendakwa kerajaan DAP P.Pinang adalah yang paling baik dan menguntungkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s