Dewan Pemuda PAS P.Pinang Kecam Guan Eng Hasut Rakyat Bantah RUU 355

1-copy

Dewan Pemuda PAS P.Pinang (DPPP) hari ini bertindak mengecam Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kerana menerbitkan artikel memfitnah RUU 355 yang berbaur hasutan kepada rakyat.

DPPP juga menganggap kenyataan Guan Eng itu bercanggah dengan cadangan Yang Dipertuan Agong, yang meminta agar institusi perundangan Islam seperti Mahkamah Syariah diperkasakan.

Tulisan didalam artikel Ketua Menteri P.Pinang itu juga menunjukkan Guan Eng seperti menentang pemerkasaan Mahkamah Syariah yang cuba dilakukan oleh Presiden PAS.

Ia juga boleh dikatakan sebagai satu gambaran Guan Eng cuba untuk menentang hasrat Baginda DYMM untuk melihat kesyumulan Islam di dalam negara.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPK) telah membuat satu laporan Polis terhadap Lim Guan Eng kerana artikel berkenaan yang dianggap meracuni pemikiran rakyat.

Wakil DPPK, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi memberi amaran pada Guan Eng supaya tidak melampaui batas sebagai seorang pemimpin politik didalam negara.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan PAS melalui Presidennya, tidak langsung bercanggah dengan prosedur Dewan Rakyat mahupun apa yang termaktub didalam Perlembagaan Negara.

DPPK juga memberi peringatan kepada Guan Eng supaya bertindak dan bercakap seperti orang yang cerdik dan mendapat pendidikan yang sempurna oleh keluarga.

Mereka turut mengingatkan Setiausaha DAP tersebut agar jangan menampakkan bahawa dia benci kepada Islam kerana ia akan mengakibatkan sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s