Azwan Ali Sindir Yuna Di Instagram

1a

2a

Retis-retis yang jenis suka cakap lepas dan maki hamun, ramai kalau nak disenaraikan u’olls.. Salah seorangnya tu adalah Azwan Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA.. U’olls bukannya tak kenal dengan Diva AA kan, tak pernah nak insaf daripada memaki hamun orang..

Diva AA akan maki sesiapa saja yang bikin dia berbulu.. Sebelum ni Diva AA pernah menjadi bualan hangat kerana memaki pelakon dan pengacara popular, Neelofa kerana komen Diva AA di Instagram mempertikaikan Neelofa bersentuhan dengan lelaki bukan mahram dipadam berulang kali..

Macam mana pun isu panas tu dah reda dan hubungan dorang pun dah baik, selepas Neelofa sendiri menghubungi Diva AA.. Kali Yuna pulak menjadi mangsa maki Diva AA! U’olls baca jer lah status yang dimuat naik Diva AA tu, u’olls pun tahu kan kontroversi yang menghimpit Yuna baru-baru ni..

Kesan gigitan di leher Yuna yang dikatakan ‘love bites’.. Jadi, Diva AA pun tak ketinggalan untuk memberi komen pasal hal tersebut, cuma Miss tengok kritikannya kat Yuna tu tak keterlaluan sangat seperti biasa yang dia lemparkan sebelum ni..

Yela, kalau Diva AA memaki hamun orang, mesti akan digelarkan dengan macam-macam gelaran punya lah.. Gelaran kesat yang sering digelarkan ada lah anjing dan barua! Agaknya Diva AA dah tapis kot perkataan yang dikeluarkan daripada mulutnya.. Hahaha..

Tapi apa yang dicakapkan Diva AA tu betul lah.. Kalau Yuna pakai tudung menutup leher dengan elok-elok, tak ada lah kontroversi panas ni menghimpit diri beliau.. Ini tidak, pakai lilit-lilit macam orang malas pakai tudung.. Inilah jadinya!! Diharap Yuna hadam lah dengan pelbagai kritikan orang ramai, termasuk jugak kritikan Diva AA terhadap dirinya!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s