Adun PKR Seberang Jaya Berjaya Perjuangkan Nasib Babi Di P.Pinang

7-copy

Amat memalukan apabila seorang exco PKR yang beragama Islam dan berbangsa melayu, begitu beria-ia memperjuangkan hal ehwal penternakan babi di P.Pinang.

Adun PKR Seberang Jaya yang juga exco pertanian itu membentangkan Rang Undang Undang Penternakan Babi 2016 di sidang DUN kerana mahu industri babi di negeri ini berkembang dengan sihat serta lestari di negeri ini.

Selain itu, Afif Bahardin juga mahu pihak penternak babi di Pulau Pinang menjaga alam sekitar dari pencemaran dan juga menjaga kesihatan babi mereka dari penyalahgunaan ubat-ubatan terlarang.

Adun PKR berkenaan turut menyarankan semua penternak babi di negeri ini bertukar dari penternakan jenis tradisional, kepada penternakan moden dan berteknologi tinggi seperti yang disediakan oleh kerajaan DAP negeri.

Enakmen yang baru itu juga dijamin oleh exco berkenaan, bahawa ia akan mampu mengawal selia industri babi di Pulau Pinang agar lebih tersusun dan bertambah maju.

Dengan usul pindaan RUU Babi dan diluluskan pula di DUN P.Pinang yang dibawa oleh Adun PKR ini, ia menunjukkan bahawa isu RUU babi lebih diutamakan oleh PKR berbanding pembentangan RUU 355 di Parlimen.

Didalam pembentangan RUU 355 oleh Presiden PAS, PKR mengambil langkah berkecuali kerana dianggap mahu menjaga hati rakan serta bosnya didalam Pakatan, khususnya DAP.

PKR melalui Presidennya Wan Azizah juga langsung tidak berani menyatakan prinsip mereka, apabila ditanya mengenai pendirian parti berhubung dengan pindaan RUU 355.

Tetapi didalam RUU Babi di Pulau Pinang, PKR tanpa segan silu menjadi juaranya dengan melangkah bergaya sebagai pejuang babi sebenar. Tahniah PKR!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s