Wanita UMNO Pilih Perjuangan Yang Lebih Beradab

wanita-umno-pilih

Perjuangan yang beradab memang sudah sinonim dengan UMNO, mereka tidak perlu meraih simpati rakyat di tangah jalan raya atau mengganggu ketenteraman awam untuk disokong. Prinsip perjuangan beradab ini digunakan untuk menjaga nama baik parti serta perjuangan mereka selama ini.

Pergerakan Wanita UMNO juga berpegang teguh dengan prinsip tersebut. Bukan saja menjadi tulang belakang parti, malah mereka juga berusaha menjalankan gerak kerja demi rakyat. Menurut Ketua Wanita UMNO, TS Shahrizat Abdul Jalil, pergerakan tidak perlu bertindak dramatik mencanang apa yang dilakukan, sebaliknya membawa pengisian ilmu.

Perjuangan seperti ini yang rakyat mahukan, berbanding perjuangan Srikandi PPBM, mereka hanya tahu melemparkan fitnah terhadap kerajaan dan lupa adab dan kesopanan sebagai wanita.. Melalak-lalak diatas pentas menyebarkan agenda songsang. Mereka bukan saja berusaha merosakkan imej negara, malah mencalarkan maruah dan martabat wanita.

Oleh itu, Wanita UMNO tidak mahu menjadikan perjuangan mereka dilihat murah oleh rakyat. Bagi pembangkang, tindakan agresif dilihat moden dan suara songsang adalah ‘cool’. Sebaliknya Wanita UMNO pula merasakan pemikiran pembangkang ini sudah ketinggalan zaman. Mereka lebih berminat dengan cara penuh tradisi, tidak perlu melaung dan buat kerja gila seperti himpunan jalanan.

Walaupun arus masa sudah berubah, perjuangan dan prinsip Wanita UMNO masih lagi sama dan tidak akan terikut dengan pembangkang untuk menyuarakan pandangan. Mereka juga terdiri daripada anggota yang mempunyai pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang, sebab itu mereka dilihat mampu bergerak seiring didalam parti.

Sehubungan itu, Wanita UMNO telah mendesak kerajaan untuk memberi keutamaan kepada wanita seperti menyediakan peluang pekerjaan dari rumah untuk menambahkan pendapatan. Peluang ini akan memberi banyak manfaat, khususnya kepada suri rumah. Berbeza dengan perjuangan srikandi pembangkang, mereka hanya tahu mengajak wanita terpekik terlolong di tengah jalan raya. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s