Tarik Diri Atau ‘Bantai’ Myanmar Di Piala AFF Suzuki??

2a-copy

Terdapat banyak mulut yang mendesak agar pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya menarik diri dari perlawanan Piala Suzuki AFF. Penarikan diri itu dituntut sebagai tanda boikot dan menentang kekejaman Myanmar terhadap etnik Rohingya.

Persoalannya, adakah wajar dan berbaloi bagi skuad bola sepak Malaysia untuk menarik diri pada saat ini?? Jika skuad Harimau Malaya berbuat demikian sekarang… Ia hanya akan menguntungkan pihak Myanmar.

Kenapa?? Kerana Malaysia telah memberi jalan mudah kepada Myanmar untuk menjadi juara Piala Suzuki AFF… Bukan itu sahaja… Kerana tindakan Malaysia yang menarik diri itu juga bakal mengakibatkan penggantungan dari FIFA.

Cuba korang fikirkan… Jika Malaysia menarik diri maka dengan mudahnya geng Myanmar akan mara ke separuh akhir! Kalau korang nak tarik diri, kenapa tak lakukannya pada awal lagi?? Ini tidak! Sudah beberapa perlawanan berlangsung… Sekarang ni nak tarik diri pula.

Terdapat juga netizen yang berpendapat jika Malaysia menarik diri, ia bukan sahaja memberi jalan mudah kepada Myanmar untuk menjadi juara. Malah ia seperti memberi kemenangan kepada tentera Myanmar yang melakukan kekejaman kepada puak Rohingya.

Jadi penarikan diri sekarang ni langsung tak memberi sebarang makna kepada Myanmar… Malah menguntungkan mereka lagi. Sepatutnya Harimau Malaya harus beriltizam untuk menumpaskan Myanmar pada Sabtu ini, lantas menggagalkan Myanmar dari layak ke separuh akhir.

Jika Harimau Malaya berjaya mengalahkan Myanmar… Pastinya ia memberi hadiah yang bermakna kepada masyarakat Rohingya. Dengan ini dapat kita mendedahkan segala kekejaman dan kejahatan Myanmar terhadap Rohingya.

Kalau korang nak protes sangat, apa kata usulkan cadangan menghantar kembali semua warga Myanmar yang menetap di Malaysia ni pulang ke negara mereka. Halau semua pekerja Myanmar… Ini baru namanya protes. Kalau setakat tarik diri dari Piala Suzuki AFF je buat apa.

Namun apa yang menggusarkan Gomez dan para netizen… Mampu ke Malaysia nak kalahkan Myanmar pada Sabtu ini?? Sedangkan bertemu dengan Vietnam pun Harimau Malaya boleh kalah… Inikan pula Myanmar. Tapi mana tahu keajaiban bakal berlaku ke, betul tak?? – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s