Perhimpunan Agung UMNO 2016 Harus Lebih Fokus Kepada Sosioekonomi Rakyat

pau2016-recovered

Fokus utama perlu ditetapkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 seperti meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat, khususnya kepada orang melayu sejajar dengan matlamat parti. PAU juga diharapkan tidak membangkitkan soal politik semata-mata kerana isu rakyat menjadi keutamaan pada hari ini.

Sekiranya puak pembangkang asyik memperjuangkan politik, bagaimana pula dengan isu sosioekonomi rakyat?? Jadi kerajaan perlu memandang isu ini supaya agenda pembangkang untuk menggulingkan kerajaan tidak dapat diteruskan kerana rakyat masih memberi kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan jika isu sosioekonomi menjadi fokus utama PAU.

Justeru, menurut Penganalisis politik Prof Sivamurugan Pandian, isu sosioekonomi rakyat terutama kos sara hidup, kemiskinan bandar serta jurang ekonomi rakyat bandar dan luar bandar semakin mencengkam. Tiba masanya perhimpunan PAU kembali berjuang untuk menyelesaikan perkara ini.

UMNO bukan saja dilihat memperjuangkan orang melayu, sebaliknya mereka menunjangi rakyat dan negara. Perhimpunan kali ini harus menjadi bukti kepada rakyat bahawa parti itu sedia menjadi pembela kepada masyarakat, serta berjuang memperbaiki kehidupan rakyat agar lebih baik pada masa akan datang.

Isu berkenaan rakyat memang wajar dibangkitkan dan tidak perlu bermain politik seperti konvensyen pembangkang kerana rakyat sudah muak mendengar agenda politik, sebaliknya mereka mahu melihat kerajaan mempunyai agenda yang jelas untuk mengukuhkan sosioekonomi rakyat dan negara. Hal ini perlu diteliti dan dibincangkan secara rasional pada PAU 2016.

Sekiranya perkara ini berjaya diselesaikan oleh UMNO/BN, sudah tentu ia juga mampu menarik sokongan rakyat terutamanya golongan M40 menjelang PRU14. PAU tidak semestinya hanya menyentuh mengenai politik, sebaliknya ia juga boleh menjadi medan mencari jalan untuk menambahkan peluang pekerjaan rakyat bagi menambahkan rezeki ekoran ekonomi yang tidak menentu.

Jika perkara ini lebih banyak dibangkitkan daripada berpolitik, sudah tentu rakyat mampu melihat UMNO sebagai sebuah parti yang mengutamakan rakyat dan menolak dakwaan pembangkang bahawa UMNO hanya menjaga kebajikan Presiden parti semata-mata. Perjuangan parti UMNO harus lebih jelas kerana sekarang pembangkang lebih bertindak agresif untuk mengambil alih kerajaan. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s