Pengundi Permatang Pauh Desak Wan Azizah Setuju Dengan RUU 355

7-copy

Keengganan Wan Azizah untuk menyatakan pendirian dengan pembentangan pindaan Rang Undang-Undang Akta 355 di Parlimen hari ini, mengundang perasaan kecewa dikalangan penyokong PAS di Parlimen Permatang Pauh.

Seorang ahli serta pengundi PAS di Kampung Permatang Pasir yang ditemui media menjelaskan, Wan Azizah pasti akan kehilangan sokongan jemaah PAS sekiranya masih berdolak dalik berkenaan pendirian beliau.

Sikap pemimpin PKR, khususnya Wan Azizah yang masih belum ada pendirian mengenai isu berkenaan membuktikan bahawa mereka masih mentah dalam hal ehwal undang-undang Islam berbanding PAS dan UMNO.

Presiden PKR itu juga dianggap sebagai pemalas kerana semuanya mengharapkan penjelasan tetapi tidak pula mahu belajar dan mengkaji sendiri mengenai perundangan Islam.

Semua mahu dijelaskan tetapi tak mahu pula dengar bila dah dijelaskan. Bila tak faham, mula lah kata RUU 355 mengelirukan dan sebagainya.., ujar penyokong PAS berkenaan.

Didalam pembentangan pindaan RUU 355 oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang tengah hari tadi di Parlimen, PKR khususnya Wan Azizah mengambil pendekatan berkecuali.

Wan Azizah yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mahu Haji Hadi memberikan penjelasan terperinci kepadanya dan juga ahli Parlimen yang lain mengenai Akta 355 yang mahu dipinda itu.

Beliau juga mahu Haji Hadi mendapatkan jaminan dari Perdana Menteri bahawa hak-hak dibawah perlembagaan negara akan dilindungi, selepas pindaan rang undang-undang berkenaan dilaksanakan.

Selain itu, Wan Azizah menjelaskan bahawa PAS harus melihat perundangan Islam secara menyeluruh dan jangan hanya melihat semata-mata kepada perundangan dan hukum sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s