Pemaju Perumahan Halang Nelayan Tanjung Tokong Mencari Rezeki

1-copy

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah nasib komuniti nelayan Tanjung Tokong yang semakin terhimpit untuk mencari rezeki apabila hak mereka dinafikan akibat dari pembangunan di P.Pinang.

Selepas berdepan dengan masalah kekurangan ikan dikawasan berdekatan, nelayan Tanjung Tokong kini dilarang untuk menangkap ikan di kawasan pesisir pantai oleh pemaju perumahan di kawasan terbabit.

Menurut wakil nelayan yang ditemui, mereka mendapat satu pesanan SMS daripada Syarikat Seri Tanjung Pinang yang melarang para nelayan dikawasan berkenaan menjalankan aktiviti penangkapan ikan.

Di dalam SMS berkenaan, nelayan dilarang mendekati kawasan projek Seri Tanjung Pinang 2 kerana penambakan laut sedang dijalankan dikawasan berkenaan.

Persoalannya, mengapakah pihak pemaju Seri Tanjung Pinang tidak berbincang terlebih dahulu dengan wakil nelayan di Tanjung Tokong sebelum melakukan sebarang aktiviti penambakan di pesisir pantai?

Wakil nelayan memaklumkan bahawa, sejak sekian lama kebanyakan nelayan di kawasan tersebut menggunakan teknik pukat hanyut untuk menangkap ikan.

Amat sukar untuk para nelayan mengelakkan kemungkinan pukat hanyut mereka dari masuk kedalam kawasan kerja penambakan yang dilakukan oleh pihak Seri Tanjung Pinang.

Para nelayan di Tanjung Tokong juga amat kesal serta kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemaju perumahan Seri Tanjung Pinang yang mereka sifatkan sebagai sangat angkuh.

Mengapa pemaju tidak mahu berjumpa dengan nelayan-nelayan Tanjung Tokong untuk berbincang tentang hal ini? Mengapa hanya hantar SMS sahaja? Mereka jangan ingat kami Pak Turut sahaja.., ujar wakil nelayan tersebut.

Mereka juga menyifatkan bahawa laut adalah milik semua rakyat P.Pinang dan bukannya milik pemaju atau kerajaan negeri semata-mata.

Nelayan turun ke laut untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga, dan pihak pemaju tak seharusnya melayan mereka seperti penceroboh yang mahu mencuri harta orang lain.

Kemana lagi nelayan mahu mencari rezeki jika pihak pemaju menutup kawasan laut yang merupakan tempat nelayan mencari makan secara turun temurun.., ujar beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s