PAS ‘Terhibur’ Dengan Lawak Hambar Lim Guan Eng

4a-copy-1

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), IR. Hj. Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan medianya di Facebook berkata, PAS selama ini sangat terhibur dengan telatah dan lawak hambar yang dimainkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Lawak apa yang dimainkan Guan Eng sehingga bertahun-tahun PAS terhibur tu?? Ujar Khairil, PAS selama ini berterima kasih kepada Guan Eng kerana telah menceriakan hari-hari mereka dengan cerita kononnya PAS akan bersatu dengan UMNO.

Sejak dari tahun 2008… Tidak putus-putus Guan Eng menyerang PAS dengan mendakwa kononnya PAS bakal menjalinkan kerjasama dengan UMNO. Malah sejak dari PAS berada dalam Pakatan Rakyat dan hingga mereka bersendiri.

Selama lapan tahun, Guan Eng asyik mainkan cerita kononnya PAS akan kembali pada UMNO… Hampir setiap minggu Guan Eng akan menyerang PAS. Pendek kata, memang tak sah la kalau Guan Eng tak buat cerita pasal PAS akan kembali bersama UMNO.

Sekarang ni pun korang boleh lihat, bagaimana Guan Eng meroyan perkara yang sama… Sikap Ketua Menteri Pulau Pinang itu menggelikan anak tekak PAS. Mungkin Guan Eng asyik ulang benda yang sama kerana impiannya mahu melihat PAS bersama UMNO kot!

Serangan Guan Eng terhadap PAS bukanlah sesuatu yang baru… Malah Guan Eng kini menggunakan senjata Parti Amanah Negara (PAN) untuk menyerang PAS… Namun tidak berjaya.. Jelas tuduhan Guan Eng itu sekadar mahu menjatuhkan PAS.

Korang lihat sekarang ni, ada ke PAS bergabung dengan UMNO?? PAS kekal istiqmah dengan perjuangannya… Walaupun Pakatan Harapan kini bertindak mengusir ahli PAS di Pulau Pinang dan bakal diusir di Selangor.

Perangai Guan Eng dan DAP tak ubah seperti samseng… Malah mereka berlagak seperti ‘abang long’… Nak tunjuk hebat dan suka cari gaduh dengan rakan-rakan sekutu mereka. Tak cukup dengan menyerang PAS.

DAP kini mula menyerang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang, apabila menuduh 5 Adun PKR yang mengambil keputusan berkecuali dari menolak usul tebus guna tanah seluas 2,600 hektar untuk diperdebatkan secara umum.

Sekaligus DAP menuduh bahawa 5 Adun PKR ini menyokong dan bersekongkol dengan UMNO yang mengemukakan usul berkenaan. Pelik! Asal ambil sikap berkecuali je terus dituduh bersekongkol dengan UMNO.

Apa yang DAP mahukan sebenarnya?? Adakah DAP dan Guan Eng mahu membolot semua kuasa dan nak tunjuk bahawa mereka berperangai kepala besar?? Sikap DAP inilah yang merosakkan hubungan Pakatan Rakyat selama ini dan pasti akan terus menjadi duri dalam daging dalam Pakatan Harapan. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s