PAS Adakan Solat Hajat Demi RUU 355

3a-copy-1

Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin mengarahkan supaya semua anggota-anggota PAS mengadakan solat hajat, munajat dan panjatkan doa ke atas Allah Taala bagi melancarkan proses pembentangan RUU 355 di Dewan Rakyat..

Hashim berkata demikian bagi pihak Majlis Syura Ulamak PAS… Solat hajat, munajat dan doa itu harus dilakukan pada malam ini, tidak kisahlah secara bersendirian mahupun secara berjemaah. Proses pembentangan RUU 355 itu dijangka akan diadakan pada esok hari, 24 November 2016.

Ujar Hashim lagi, beliau turut memohon kepada seluruh masyarakat di luar sana tidak kira beragama Islam atau bukan… Juga bagi yang menyokong RUU 355 untuk sama-sama mengambil langkah mengadakan solat hajat bermula hari ini dan esok.

PAS berharap agar usaha mereka ini akan diperkenankan oleh Allah dan usaha untuk memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia akan menemui kejayaan. Pembentangan RUU 355 tersebut dijangka bakal dilaksanakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa supaya usaha PAS untuk menaikkan martabat Islam di negara Malaysia ini dipermudahkan. Bagi yang menyokong RUU 355, marilah sama-sama menunaikan solat hajat. Bagi yang tak sokong tu janganlah menghina… Sebaliknya kunci mulut sahaja. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s