PAN Alor Setar Teruskan Agenda Menipu Di Kedah

1a-copy

Selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjalankan kerja-kerja menyebarkan dakyah penipuan di sekitar kawasan Langkawi, Kedah. Kini kerja-kerja menipu itu diambil alih pula oleh golongan Parti Amanah Negara (PAN).

PAN Alor Setar kini sedang giat menjalankan kerja-kerja menyebarkan fitnah dan pembohongan di sekitar kawasan Kedah. Terbaru, PAN Alor Setar akan mengadakan ceramah khas, kononnya bagi mengetengahkan masalah dan isu semasa yang melanda rakyat.

Bertemakan Ceramah Penerangan Isu Semasa… Ceramah itu dianjurkan oleh PAN Alor Setar dan juga mendapat kerjasama dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), PPBM dan DAP. Ceramah terebut bakal diadakan di Pusat Peduli Rakyat, Taman Wira Mergong, Alor Setar pada malam ini bermula jam 9 malam.

Turut sama hadir bagi memeriahkan sesi pembohongan dan penyebaran fitnah tersebut adalah Presiden PAN, Mohamad Sabu, Srikandi PPBM, Anina Saadudin dan juga turut tidak ketinggalan adalah Mejar Hamid.

Entah penerangan mengenai isu semasa apa yang bakal diketengahkan oleh mereka ini… Korang tahu jela perangai Mohamad Sabu tu kan kaki kencing dan kaki propa… Berdrama je lebih! Ingat lagi masa Mohamad Sabu yang ‘over react’ sampai baling pembesar suara tu?? Lepas ni tak tahu la apa yang dia nak baling lagi..

Pembangkang kini dilihat semakin giat menghasut rakyat… Daripada di bandar sehinggalah ke kawasan luar bandar. Menjelang pilihan raya umum ni… Makin menjadi-jadi pulak tindakan dorang menyebarkan fitnah di kawasan pendalaman. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s